Monday 30 April 2012

Diskaun Terhebat 1 Hari Sahaja!

Diskaun 25% untuk semua produk Tupperware bagi katalog 3/2012 (2 April - 2 May 2012). Tawaran ini sah sehingga pukul 5 ptg ini sahaja!

Jangan lepaskan peluang terhebat ini!






























Contest Ibu Kau Inspirasiku....

~sticky post~

Assalamualaikum....

Sempena Hari Ibu, saya dengan berbesar hati menganjurkan satu contest bertemakan ibu....dinamakan Contest Ibu Kau Inspirasiku.....



Hadiahnya memang sangat menarik! Iaitu:
Sapa nak angkat tangan! Hehe..

Sebelum tu macam biasa la, setiap contest mesti ada syarat-syaratnya kan....
So apa yang perlu anda buat adalah:
1. Buat 1 entry bertajuk Contest Ibu Kau Inspirasiku di blog anda dan ceritakan tentang ibu  anda yang menjadi inspirasi buat anda. Bukan di blog contest ye.... entry tak perlu panjang sangat...^_^
2. Copy Banner contest, paste dalam entry dan link ke post ini...
3. Masukkan blog Just Tupperware & U ke dalam bloglist anda..
4. Like fanpage Just Tupperware & U di facebook
5. Follow blog Just Tupperware & U (optional)
6. Tag minimum 2 orang rakan dan pastikan mereka tau ye...
6. Akhir sekali, tinggalkan link entry anda di ruangan komen....

Mudahkan?   ^_^
Apalagi? Mula la mengarang sekarang....hehe 
Contest tamat pada 30 April 2012 pukul 12 malam...

Good Luck!

Sunday 29 April 2012

Pengorbanan Ibu.......Hayatilah...

Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...
 Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak- kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak. "Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. "Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Ps : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'

Nota: 'HAYATILAH INTAN PERMATA KITA'

Monday 23 April 2012

BerryGen buat mereka yang mementingkan kecantikan!

Sebagai wanita tak kira peringkat umur pasti sangat menitikberatkan kecantikan terutama kecantikan wajah. Kalo orang cakap dia cantik pasti akan senyum berseri - seri dari pagi sampai ke malam...... betul tak? Hehe.....

Cuma cara seseorang itu menjaga kecantikan mungkin berbeza di antara satu sama lain. Ada yang suka menggunakan produk kosmetik dan ada juga yang mengamalkan pemakanan yang baik. Bagi saya, pemakanan itu lebih penting untuk menjaga kecantikan supaya kecantikan kita lebih kelihatan natural berbanding memakai produk luaran yang hanya bertindak di luar sahaja dan di tempat tertentu sahaja.

Saya ingin kongsikan satu produk minuman kesihatan untuk kecantikan kulit iaitu:

NaturCare BerryGen


Selain daripada Ekstrak Berries dan Kolagen yang memberi kebaikan antioksidan, kini ditambah dengan Sel Stem Epal dan Gluta White bagi hasil yang lebih cepat dan mengasyikkan!
Sel Stem Epal dan Gluta White dapat mengurangkan kedutan dan melawan penghasilan melanin secara berkesan bagi kulit yang lebih cerah dan berseri!



Berikut ialah testimoni pengguna yang mengamalkan minuman BerryGen:



Promosi bulan April:


Hubungi saya untuk mendapatkan Best Price! 
Misteri Gift juga disediakan untuk pembelian sehingga 30 April ini! 

Produk ini adalah selamat dan semulajadi.



Saturday 21 April 2012

Foundation 101..... 21 April 2012

Esok akan berlangsung Program Tupperware Brands Foundation 101 yang diadakan selama 1 hari di SACC, Shah Alam. Tiket dah pun dibeli, menunggu masa untuk pegi esok pagi.....:). Hopefully dapat menambahkan pengetahuan dalam bisnes Tupperware dan terus maju dalam bidang ini.....



Jom! Sapa nak ikut angkat tangan!  ^_*

Monday 16 April 2012

FreezerMate Set.....

Peti ais anda kelihatan seperti ini setiap kali balik kerja nak masak? Mood pun xde..... Makan kat luar je la...hehehe...



Tapi kalo kelihatan macam ni, apa pulak reaksi anda? Tentu excited nak masak kan? kan? hehehe....


Kenapa perlu memilih FreezerMate?

 

So, apa tunggu lagi? Sementara ade offer..... Promosi mulai 16 sehingga 30 April
Dapatkan :

  RM239.8  RM215 sahaja! Free Postage!

Atau


RM119.9  RM115 sahaja! Free Postage!

Hanya di Just Tupperware & U.....